Monday 22 September 2014

PENIPUAN KOYAK DAN MENANG

Selamat sejahtera semua pembaca yang mulia, ni nak cerita sikit tentang pengalaman terkena dengan skim koyak dan menang. Awal september tu aku sekeluarga pergi la ke Kuantan Parade, untuk beli barangan sikit, dah biasa kat situ. Semasa lalu depan sebuah kedai elektrik , selepas saja pintu masuk, nama kedai LOVELY Family sdn bhd, ramai budak-budak promote nak bagi hadiah percuma kerana promosi barangan elektrik. Aku malas layan, tapi kesian ke dia ni, katanya muallaf baru masuk islam. Maka layanlah juga. Lepas cerita pasal barangan elektrik dia, maka dia suruh saya koyak dua sampul, utk cabutan bertuah. Bila koyak ada gambar dua barangan elekrtrik, dan satu lagi nombor 100. Muallaf  tu terkejut dan kawan kawan nya yang lain juga terkejut, buat buat terkejut, tak tau la, kerana saya dapat 2 barangan hadiah percuma, satu dapur elektrik, dan satu lagi, air purifier. Dia kata saya orang yang ketujuh dari sepuluh orang dlm malaysia. saya rasa suka sangat dan macam tak percaya, ya ke ni..... ke tipu. dah biasa dengar orang kena tipu macam ni. Saya tanya muallaf tu, jangan tipu, dia kata tak tipu. Hadiah ni boleh bawa balik. Cuma satu syarat kena beli satu barang kat sini, baru layak dapat hadiah tu. Barang harga 3000 lebih, tapi boleh bayar ansur, 50 sebulan mula 3 bulan lagi. Saya rasa ok juga. Lepas tu dia minta dokumen , kad kredit ke , kad atm sebagai guarantee saja. saya pun tunjuk kad kredit , dia kata senbagai jaminan saja utk dapat hadiah ni. Lepas tu ke na sain borang borang , dan saya perasan macam dia caj kad saya 2000 .00. Tanya dia kenapa caj, dia kata jangan bayar, nanti Hong leong bank akan refund balik, Hong leong pulak..... . baru aku sedar dah terkena. tapi sabar. Tapi saya sempat pujuk dia tunjuk ic dia, dan saya ambil gambar ic dia depan belakang.... dia pun terjerat juga.....

Tunggu oven tak sampai, last satu perempuan datang bagitahu, esok ambil oven tu, .... bayak dalih pulak. Last saya balik bawa dapur dan air purifier je....Dapur tu pulak , dah rosak , rupanya orang lain hantar untuk repair, dia bagi hadiah kpd saya... kantoi lagi muallaf , banyak dah bukti penipuan dia.
saya bincang dengan polis kawan saya , terus buat repot, repot kat tribunal tuntuttan pengguna.Tengah tunggu perbicaraan . Doakan menang.

Tengok dalam internet , rupanya tiap hari ada orang kena tipu macam ni..... tapi kedai tu masih kerja macam biasa.... tak tahu lah apa silap kerajaan....

Thursday 3 July 2014

Alhamdulillah, masih lagi diberi Allah peluang hidup... di bulan Ramadhan ini, yang akan pergi dalam 20 hari lagi lebih kurang.... iktikaf di galakkan sangat pada bulan ini especially 10 hari terakhir...

Wednesday 21 May 2014

Ain

Masing masing senyap , tapi aku tetap tunggu masa yg sesuai, sedaiakan , solat , mohon Allah tunjukkan pilihan yg terbaik.. moga Allah bagi mudah